Saturday, August 28, 2010

Sabar, Tabah dan Bersopan Santun



SABAR, TABAH DAN BERSOPAN SANTUN

Pekerja yang memilki sifat ini (sabar & tabah) mempunyai daya ketahanan hati atau perasaan dalam menghadapi apa saja tekanan, desakan keadaan sekeliling atau ditimpa kesulitan. Dia tidak akan terburu-buru mengambil sesuatu keputusan. Sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, cekal dan sentiasa dalam ketenangan.

Perkhidmatan yang dihiasi dengan sopan santun juga amat diperlukan oleh orang ramai / masyarakat / pelanggan. Mereka mengharapkan perkhidmatan yang yang mesra dan memuaskan.  Dari itu hendaklah mengamalkan  sifat berlemah lembut, berbudi bahasa, ringan tangan, tidak camah mata dan berat mulut ketika  memberikan perkidmatan.

Kebaikan bersabar juga telah dijelaskan didalam  Surah Al-Baqarah Ayat 155 - 156 yang maksudnya :

(((Q)))`` Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : ``Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali``.

Orang yang sabar juga di kumpulkan dalam golongan orang yang bahagia dunia dan akhirat sapertimana dijelaskan dalam ayat 35 Surah Fussilat :

(((Q))) ``Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagian dunia dan akhirat.``

Sebaik-baik senjata orang-orang mukmin ialah bersabar dan berdoa. *[Hadis Riwayat Al-Dailami].

Bukannya ukuran kekuatan seseorang dengan bergelut. Orang kuat sabenarnya ialah yang mampu mengendalikan dirinya di waktu marah. *[Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim].

Dari itu :

  • Sentiasa memberi khidmat baik walaupun dalam keadaan yang mendesak.
  • Sentiasa tenang dalam menghadapi kesulitan.
  • Pemaaf dan berhemah tinggi.
  • Jangan melatah apabila diberikan kritikan.
  • Kawallah emosi apabila menerima cabaran.
  • Nekad dan gigih dalam melaksanakan kerja yang mencabar.
  • Lemah lembut dan berbudi bahasa dalam melayan orang lain.
  • Prihatin kepada masaalah orang lain.
  • Jangan membuat keputusan secara tergesa-gesa.
  • Jangan lekas marah.
  • Jangan mudah berputus asa.
  • Jangan kasar bahasa dan tingkah laku.
  • Berilah layanan kepada orang yang berurusan.
  • Jangan bersikap dingin.
  • Jangan berat mulut. Jangan berat tangan.



Sila ikuti  lagi ditajuk (kriteria) yang lain...